Ulang Kaji Kembali Bab Puasa Ramadan

kacenews.id-CIREBON-
*Syarat Wajib Puasa* :
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sehat
5. Bermukim (Tidak musafir)
6. Suci (Dari haid dan nifas)
*Syarat Sah Puasa* :
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (Dari haid Dan nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan
*Rukun-Rukun Puasa*:-
1. Orang yang puasa
2. Berniat
3. Menahan ddiri dari pada perkara yang membatalkan Puasa
*Perkara yang Membatalkan Puasa* :
1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh di siang hari
*Perkara Sunat Ketika Puasa* :
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma/juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Alquran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
6. Sentiasa bersedekah
7. Jauhkan diri dari pada bercakap perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh
*Makruh Ketika Puasa* :
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan di ujung lidah
*Golongan Yang Wajib Qada Puasa* :
1. Orang sakit yang ada harapan untuk sembuh
2. Orang yang musafir (bukan karena maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid dan nifas
4. Orang yang meninggalkan niat Puasa
5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam/mabuk
7. Orang yang sangat lapar Dan dahaga
*Mereka yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa;
1. Mereka yang tidak dapat mengqadakan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua
(Fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang di tinggalkan di samping mengqada’ puasa) bagi setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada sehingga nelampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh
3. Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk berpuasa
4. Orang yang ada Qada’ Puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian (Fidyahnya: Dibuat oleh kerabat si mati/diambil dari pada harta pusakanya)
5. Perempuan yang mengandung/yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa dan membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa karena bimbangkan anaknya tetapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya
*Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan* :-
Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan, maka ke dua duanya suami isteri tersebut perlu nengqada puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat (Denda) Seperti :-
1. Memerdekakan seorang hamba mukmin L/P
(Sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin
Walau bagaimana pun, jika persetubuhan itu dilakukan karena terlupa, jahil tentang haramnya/dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat
*Tingkatan Puasa*:
1. Puasa Umum: Sekadar menahan nakan, minum dan keinginan berjimak
2. Puasa Khusus: Memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari pada nelakukan dosa selain menahan diri dari pada perkara di atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus: Merangkumi puasa di Atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati dari pada semua keinginan lahir dan batin
*Mereka yang Dibenarkan neninggalkan puasa* :
1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan nenambahkan keuzuran
2. Orang musafir
3. Org yang terlalu tua dan amat lemah
4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga
5. Perempuan hamil/menyusukan anaknya yang apabila berpuasa akan memudaratkan diri/anak yang disusui itu
# Selamat nenjalani Ibadah puasa kepada Umat Islam Mukminin dan Mukminat.
Semoga Puasa pada tahun Ini memberi manfaat kepada kita..
Semoga Puasa pada tahun Ini Lebih nudah dari pada tahun sebelumnya dan nembanyakkan iita kembuat Amal Ja’riah.. insyaa Allah. Aamin
Mohon dimaafkan jika selama ini saya dan keluarga melakukan salah, khilaf dan dosa.
Cirebon, Cirebon 29 Sya’ban 1445 H.
10 Maret 2024 M.